BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 12 November 2012

[NOTA] [RINGKAS] Kata Ganti Nama Diri (KGND)

Sebelum ini cikgu sudah memberi nota dan contoh mengenai kata ganti nama diri (KGND). Kali ini cikgu memberi penerangan lebih ringkas agar lebih mudah difahami.

KGND1 (saya, aku, kami, kita, beta, patik)
merujuk kepada diri kita sendiri

KGND2 (kamu, awak, engkau, anda, tuan hamba)
merujuk kepada orang yang bercakap dengan kita

KGND3 (ia, dia, beliau, baginda)
orang ketiga/ merujuk kepada orang yang tidak terlibat dalam perbualan

[NOTA] Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri pertama digunakan bagi orang yang sedang bercakap.
    Contoh: saya, aku, kami, kita, beta, patik

Kata ganti nama diri kedua digunakan bagi orang yang sedang dilawan bercakap.
     Contoh: kamu. awak, engkau, anda, tuan hamba

Kata ganti nama diri ketiga digunakan bagi orang yang dicakapkan halnya.
    Contoh: ia, dia, beliau, baginda

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa kerap digunakan dalam menyampaikan sesuatu dalam kehidupan seharian. Namun, simpulan bahasa tidak boleh difahami secara terus tapi perlu difahami maksudnya dan disesuaikan dalam kegunaan seharian.

Cikgu akan memberikan beberapa simpulan bahasa untuk difahami dan diingati maksudnya agar dapat digunakan secara tepat dalam pembelajaran dan juga kehidupan seharian.

Ada bakat: mempunyai kelebihan tertentu

Ada hati: keinginan yang melebihi kesanggupan

Angkat kaki: meninggalkan sesuatu tempat dengan segera

Bahasa dalam/ Bahasa istana: bahasa yang digunakan di istana

Sunday 11 November 2012

Salam Teratak Bahasa

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Saya menghasilkan blog ini dengan harapan anak-anak murid dapat merujuk nota ringkas dan berinteraksi dengan saya berkenaa pembelajaran Bahasa Melayu di luar waktu kelas dan sebagai nilai tambah dalam pengajaran saya.

Jika anak-anak murid mempunyai sebarang pertanyaan, boleh ditanyakan melalui blog ini. Ibu bapa juga boleh membantu dengan merujuk blog ini dan menujukan soalan kepada saya.

Moga "Teratak Bahasa" ini mampu menjadi medium pemudah cara dalam mempelajari Bahasa Melayu.

Ikhlas,
    Cikgu Lim

[NOTA] Kata Tanya

Contoh Soalan tanpa Kata Tanya:
    Asyraf kerap menggunakan Portal Bahasa?

Contoh Soalan dengan Menggunakan Kata Tanya:
    Siapakah yang paling kerap menggunakan Potal Bahasa?

[NOTA] Kata Nama

Kata nama am merujuk kepada manusia, binatang, benda, tempat, dan sebagainya secara umum.

     Contoh: rumah

Kata nama khas digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, tempat, bangunan, dan sebagainya, secara khusus.
     Contoh: Januari

Kurik Kundi


Lagu "Kurik Kundi" hasil ciptaan Pak Ngah dan lirik hasil nukilan Nurul Asyiqin yang dipopularkan Dato' Siti Nurhaliza memaparkan keindahan puitis Bahasa Melayu dalam pelbagai dialek mewakili wilayah berbeza, di samping memberi pengajaran dalam penyampaian madah indah.

Yang kurik itu kundi
Yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Pantun lama tinggi kiasannya